Selamat Datang


Pulau Langkawi meliputi rangkaian 99 buah pulau tropikal yang teletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kira-kira 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Kepulauan ini dipenuhi pelbagai mitos dan lagenda, di antaranya adalah mengenai raksaksa dan burung gergasi, pendekar dan puteri-puteri kayangan, peperangan dan percintaan. Kini kepualaun ini merupakan sebuah destinasi pelancongan yang unggul.

Kepulauan yang mempunyai sejarah geologi yang mejangkau lebih dari 500 juta tahun ini mengandungi formasi batu batan yang indah dan mengagumkan. Gua-guan yang dipenuhi stalaktit dan stalagmit seolah-olah mengundang jiwa pengembara membongkar rahsia di sebalik kewujudan mereka. Pantai-pantai indah menawarkan sinaran matahari manakala perairan biru yang mengelilingi kepulauan ini amat sesuai untuk di adakan pelbagai sukan air dan aktiviti rekreasi.
Kehidupan laut yang menawan di kepulauan langkawi juga menarik minat mereka yang gemar menyelam. Pulau yang lengkap dengan kepelbagaian semulajadi ini turut didiami penduduk yang terkenal dengan senyuman dan layanan mesra.

peta langkawi

No comments: